Saturday, July 27, 2013

aku dan contact lens

salam ramadhan yang ke 18...

dalam hati ini teringin jugak nak pakai contact lens...
macam orang2 lain pakai...
macam senang je kan...

tapi dalam hati ni pun terselit jugak rasa seram...
sebab kena besar2kan anak mata...
pas tu lekatkan contact lens tu dekat mata...
em...rasa seram je wei!!
takut rasa sakit pun ada jugak...

rasa macam kena cucuk mata sendiri...


ramai orang kata pakai contact lens...
mula2 memang tak selesa...
banyak pengalaman yang aku dengar daripada orang ramai...
macam kawan aku lapisan mata dia terkoyak..
sebab mata dia kering masa nak tanggalkan contact lens tu...
macam cikgu aku pulak...
contact lens terpecah dalam mata dia...
seram kan...sebab cikgu aku tu tertidur pakai contact lens...
pas tu bangun pagi dia gosok2 mata dia (normal lah tu kan)...
pas tu terpecahlah contact lens dalam mata dia...
pas tu aku rasa dia pergi cuci kot mata dia kat klinik...
bahaya kan???

banyak risiko sebenarnya pakai contact lens ni...
cerita paling kelakar...
akak satu kelas aku pakai contact lens pergi kuliah...
pas tu dia balik kuliah naik moto...
pas tu dia rasa lain macam je sebelah mata dia...
rupa2nya contact lens dia tertanggal sebab angin kan kuat masa naik moto...
kesian tol lah!!!hahaha~~


Friday, July 26, 2013

kimchi di Malaysia

salam ramadhan yang ke 17....
wah! semangatnya si aten ni...
tiap2 malam rajin mengupdate blog...
walaupun panjangnya hanya sekakang kera...

kelmarin aku dan mama aku pergi maslee...
biasalah belanja barang2 dapur...

pastu...pastu...
yang menarik perhatian aku ialah...AKU JUMPA KIMCHI...
dalam hati memang nak beli...
tapi aku hold dulu....
agak2 teringin dan terlalu terlampau mengidam...
pasti akan aku grab satu...
sebab dah tahu lokasi nak cari KIMCHI...
so,,,memang senang lah...
yang paling penting ada cop HALAL tau!!!

LOKASI: MASLEE TMN KOTA MASAI....

sumber google...

Thursday, July 25, 2013

HR dan make up

salam ramadhan yang ke 16 malam ni...

sebagai bakal seorang pengurus sumber manusia bila aku habis belajar...
dengar kata kalau orang2 yang kerja bahagian2 HR ni kena pandai bermake-up....

aduh...duh...duh....
betul ea??maklumlah orang2 HR kan banyak berinteraksi dengan orang ramai...
so..penampilan pun mestilah sentiasa kemas dan cantik...
dan orang juga selalu kata kalau orang2 HR mesti kena CANTIK!!

so...aku pun berfikir-fikir dalam benak kepala hotak ni...
bila lah aku nak start mencontengkan muka aku dengan make-up??
nak start macam mana...barang2 make-up pun aku tak ada...ahaha...
rasa nak gelak kan diri sendiri pulak...

comel pulak barang make-up hello kitty...
mesti bertambah semangat aku kalau guna kan
aku ada juga tengok tutorial make-up kat utube...
tapi keinginan memang kena ada...tapi tindakan masih lagi belum terlaksana....

ada sesiapa nak ajar aku make-up??


Wednesday, July 24, 2013

jejaka hensem

salam ramadhan buat semua...

hari ni puasa yang ke 15...so...selamat berpuasa dan berbuka dan juga berterawih...

beberapa hari yang lalu...
lepas aku hantar adik aku pergi sekolah agama...
time nak parking masuk pagar rumah aku...
aku ternampak sebuah kereta honda...
wow...siapa pulak ni!!
dan lelaki yang bawa kereta tu hensem kot!!!

sekali aku tengok...
rupanya2 dia jiran aku lah...dia baru balik dari Sudan...
ish...hensem siot!!TAPI DIA DAH KAHWIN!!

dia pakai spec warna hitam macam siwon ni....peh!
memang hensem lah!!!

Thursday, June 27, 2013

cuti sem (tahun 3)

salam...

aku berada kat rumah right now!
goyang2 kaki...tengok variety show...tengok drama korea...
wah! senang hati betul ea...

dalam hati...
ku pikirin ingin bekerja...
tapi memandangkan dah nak dekat2 puasa ni...
so...niat nak bekerja terpaksa dibatalkan...
malas ooo!

so...
rehat2...
alhamdulillah...kereta kancil ku akan ku ambil esok...
kereta mata bulatku dah siap...

bye!

Thursday, June 13, 2013

perkongsian jumaat: kebaikan pergerakan solat

sedikit perkongsian yang dapat dikongsikan semasa saya pergi "seminar sains solat"

Solat tahajud
- mengurangkan hormone stress & tingkatkan ketahanan badan
-dilakukan selama 30 bulan
-mengurangkan strok & kanser (terutamanya yang tidak dapat dirawat)

Warga tua
-ada masalah tulang
-lakukan pergerakan solat
-meningkatkan sistem otot, tulang, sendi
-meningkatkan peraliran darah

Postur solat
-baik untuk penyakit jantung

Pergerakan salam dalam solat
-baik untuk orang yang ada penyakit kerapuhan tulang leher

Fast food
-limit hanya seminggu sekali
-akan mengurangkan usia

Makan ikan lebih banyak
-insyaAllah, usia yang lebih panjang

Makan daging merah sedikit
-ianya akan meningkatkan kolestrol

Penggunaan korset
-menimbulkan gatal2 dan merah2
-kulit tidak dapat bernafas (kurang oksigen)

Penggunaan kasut tinggi
-cenderung menghidapi sakit pinggang

Bonjol pada kaki
-disebabkan pemakaian kasut yang tidak sesuai
-boleh menyebabkan tulang terseliuh (memerlukan pembedahan)

Stress/marah
-salur darah menjadi kecil
-pengaliran darah lebih laju
-meningkatkan penyakit darah tinggi
-cepat2 tarik mnafas

Hormone senyum
-awet muda

Sentiasa geram
-mengurangkan otot muka

20 langkah setiap hari
-baik untuk orang yang ada penyakit jantung (dapat dikurangkan)

Tidur yang paling efektif
-selama 6 jama
-dari 10malam hingga 3 pagi
-ketika ini badan sedang “direpair” secara semulajadi

Tidur berlebihan
-akan mengundang penyakit

1 keping pizza
-perlu bersenam selama 30 min (contoh: berbasikal)
-gosok baju selama 1setengah jam

Penyakit tulang belakang
-lakukan pergerakan rukuk (sebanyak 16 kali
-baik untuk ibu2 mengandung

Susah mengandung
-disebabkan kadar kolestrol yang tinggi

Sejuk pada kaki dan tangan
-kurangnya lemak baik dalam badan
-ini kerana lemak baik (sumber: fish oil, olive oil) akan makan lemak jahat

Minum air
-sebanyak 7-8 gelas sehari
-kegemukan di perut (disebabkan minum air selepas makan-jangan lakukan)

Penyakit kencing manis
-bila tekan bahagian badan, ianya menjadi sembab dan kuning

Tabiat yang perlu dilakukan dalam solat
-rajin solat
-faham apa yang dibaca
-solat secara berjemaah
-rukuk 90 darjah
-bengkokkan kaki (semasa tahiyat & sujud)

Solat berjemaah
-meningkatkan kesihatan & ketenangan
-meningkatkan cas2 elektrik dalam badan

Penyakit pening kepala
-lakukan pergerakan sujud
-dapat mengecas semula badan
-ia disebabkan kurangnya oksigen dalam badan

Penyakit jantung
-lakukan pergerakan rukuk dengan betul (baik juga untuk orang yang ada penyakit gemuk air)

Bengkokkan kaki
-dapat mengurangkan lemak & meningkatkan otot badan



Tuesday, May 21, 2013

BBQ gathering...


Salam…
Aku baru je balik dari gathering kelas aku…memang gila up to date kan aku..balik2 terus bukak laptop…menaip dengan penuh rasa kesyukuran dan kegembiraan…

Banyak sangat makanan tadi…ada nasi goreng, ayam BBQ, ikan caru BBQ, sosej, nugget, roti sandwich, jajan2…kiranya melantak sampai tak boleh dah nak masuk makanan lagi…aku pun tak makan banyak sebab baru lepas buka…so…perut tak dapat terima banyak makanan…emm….yummy2!!
Lepas makan2…ade tukar2 hadiah..ade tukar2 kad….

perasaan lepas kenyang..alhamdulillah...

Pastu kami pun semua sibuk gila ambil gambar…kamera2 n hp sapa2 je tadi..asal nampak orang nak snap…sibuk nak masuk gak…ehehe…itulah perempuan kan…

Tiba2 aku terfikir macam manalah orang2 dulu nak simpan kenangan kan…kalau sekarang tangkap banyak2 gambar…so future nanti boleh lah imbas kembali kenangan tersebut…tapi aku rasa orang dulu lagi hebat…sebab mereka simpan kenangan dalam hati..tak ada gambar..tak ada nak sibuk snap sana snap sini….

Pape pun…bila aku pandang muka sahabat2 aku saat mereka ketawa…aku sedih..sebab………=(

Tapi aku terfikir sejenak…aku harap jodoh aku nanti…akan simpan diri dia untuk hanya bergambar berdua dengan aku untuk pertama kalinya…bukan kedua,,ketiga….macam mana aku simpan diri aku untuk dia…cewah!!!insyaAllah~

moshi2!!

p/s: gambar akan aku update kemudian..maklumlah banyak sangat gambarnya…ehe!