Thursday, June 13, 2013

perkongsian jumaat: kebaikan pergerakan solat

sedikit perkongsian yang dapat dikongsikan semasa saya pergi "seminar sains solat"

Solat tahajud
- mengurangkan hormone stress & tingkatkan ketahanan badan
-dilakukan selama 30 bulan
-mengurangkan strok & kanser (terutamanya yang tidak dapat dirawat)

Warga tua
-ada masalah tulang
-lakukan pergerakan solat
-meningkatkan sistem otot, tulang, sendi
-meningkatkan peraliran darah

Postur solat
-baik untuk penyakit jantung

Pergerakan salam dalam solat
-baik untuk orang yang ada penyakit kerapuhan tulang leher

Fast food
-limit hanya seminggu sekali
-akan mengurangkan usia

Makan ikan lebih banyak
-insyaAllah, usia yang lebih panjang

Makan daging merah sedikit
-ianya akan meningkatkan kolestrol

Penggunaan korset
-menimbulkan gatal2 dan merah2
-kulit tidak dapat bernafas (kurang oksigen)

Penggunaan kasut tinggi
-cenderung menghidapi sakit pinggang

Bonjol pada kaki
-disebabkan pemakaian kasut yang tidak sesuai
-boleh menyebabkan tulang terseliuh (memerlukan pembedahan)

Stress/marah
-salur darah menjadi kecil
-pengaliran darah lebih laju
-meningkatkan penyakit darah tinggi
-cepat2 tarik mnafas

Hormone senyum
-awet muda

Sentiasa geram
-mengurangkan otot muka

20 langkah setiap hari
-baik untuk orang yang ada penyakit jantung (dapat dikurangkan)

Tidur yang paling efektif
-selama 6 jama
-dari 10malam hingga 3 pagi
-ketika ini badan sedang “direpair” secara semulajadi

Tidur berlebihan
-akan mengundang penyakit

1 keping pizza
-perlu bersenam selama 30 min (contoh: berbasikal)
-gosok baju selama 1setengah jam

Penyakit tulang belakang
-lakukan pergerakan rukuk (sebanyak 16 kali
-baik untuk ibu2 mengandung

Susah mengandung
-disebabkan kadar kolestrol yang tinggi

Sejuk pada kaki dan tangan
-kurangnya lemak baik dalam badan
-ini kerana lemak baik (sumber: fish oil, olive oil) akan makan lemak jahat

Minum air
-sebanyak 7-8 gelas sehari
-kegemukan di perut (disebabkan minum air selepas makan-jangan lakukan)

Penyakit kencing manis
-bila tekan bahagian badan, ianya menjadi sembab dan kuning

Tabiat yang perlu dilakukan dalam solat
-rajin solat
-faham apa yang dibaca
-solat secara berjemaah
-rukuk 90 darjah
-bengkokkan kaki (semasa tahiyat & sujud)

Solat berjemaah
-meningkatkan kesihatan & ketenangan
-meningkatkan cas2 elektrik dalam badan

Penyakit pening kepala
-lakukan pergerakan sujud
-dapat mengecas semula badan
-ia disebabkan kurangnya oksigen dalam badan

Penyakit jantung
-lakukan pergerakan rukuk dengan betul (baik juga untuk orang yang ada penyakit gemuk air)

Bengkokkan kaki
-dapat mengurangkan lemak & meningkatkan otot badan



Tuesday, May 21, 2013

BBQ gathering...


Salam…
Aku baru je balik dari gathering kelas aku…memang gila up to date kan aku..balik2 terus bukak laptop…menaip dengan penuh rasa kesyukuran dan kegembiraan…

Banyak sangat makanan tadi…ada nasi goreng, ayam BBQ, ikan caru BBQ, sosej, nugget, roti sandwich, jajan2…kiranya melantak sampai tak boleh dah nak masuk makanan lagi…aku pun tak makan banyak sebab baru lepas buka…so…perut tak dapat terima banyak makanan…emm….yummy2!!
Lepas makan2…ade tukar2 hadiah..ade tukar2 kad….

perasaan lepas kenyang..alhamdulillah...

Pastu kami pun semua sibuk gila ambil gambar…kamera2 n hp sapa2 je tadi..asal nampak orang nak snap…sibuk nak masuk gak…ehehe…itulah perempuan kan…

Tiba2 aku terfikir macam manalah orang2 dulu nak simpan kenangan kan…kalau sekarang tangkap banyak2 gambar…so future nanti boleh lah imbas kembali kenangan tersebut…tapi aku rasa orang dulu lagi hebat…sebab mereka simpan kenangan dalam hati..tak ada gambar..tak ada nak sibuk snap sana snap sini….

Pape pun…bila aku pandang muka sahabat2 aku saat mereka ketawa…aku sedih..sebab………=(

Tapi aku terfikir sejenak…aku harap jodoh aku nanti…akan simpan diri dia untuk hanya bergambar berdua dengan aku untuk pertama kalinya…bukan kedua,,ketiga….macam mana aku simpan diri aku untuk dia…cewah!!!insyaAllah~

moshi2!!

p/s: gambar akan aku update kemudian..maklumlah banyak sangat gambarnya…ehe!


Monday, May 20, 2013

kura-kura ku...

salam....

aku ingat katakan bahawa aku rindu kat kura-kura ku....
macam mana agak nya dia hari ni eak??
dah makan ke?? dah mandi ke??
dan aku sangat2 berharap dia masih hidup sihat dengan kehendakNya...amin...

setiap kali duduk depan lappy pas tu aku pandang kiri...
mesti nampak dia tercongok lihat aku....
lihat aku stress dengan PSM...
lihat aku ketawa sambil tepuk2 tangan masa tengok drama korea..

setiap kali aku balik kelas....
dia macam tunggu2 je aku balik...
sebab selalunya aku kasik dia makan lepas aku balik kelas tengah hari....

ramai tanya...kenapa aku lepaskan dikau wahai kura-kuraku...
sebab nya...
aku nak dia hidup bebas...
aku nak dia jumpa kawan2 dia yang lain...(sebab aku tak faham bahasa binatang...so..tah2 dia ada masalah...dia boleh share masalah dia dengan kawan dia kan...baik tak aku?)
aku nak dia dapat makanan yang lagi fresh2..bukan nya pillet je...
aku nak dia jumpa jodoh dia....aku pun tak tau dia betina or jantan...ehehe..

so...jauh di sudut hati ku...
AKU SEDIH OOOOO!!!!
.

Saturday, May 18, 2013

izzue islam cute...

salam...

drama yang paling aku tunggu2 episod seterusnya adalah drama "sebenarya saya isteri dia"
sebab nya ade izzue islam yang sangat2 cute....
suke tengok muke dia.....ahaha....
cute bebenor!!! serius!!

cute kan...kawaine~~~love u!

Wednesday, May 8, 2013

tegur menegur

salam....

hari ini hari rabu....
di pagi hari yang indah...aku telah menegur seorang hamba Allah yang juga merupakan classmate ku...
dengan niat yang sungguh suci murni...aku menegurnya...
sebab PAGI-PAGI HARI DAH NAK MARAH2 ORANG LAIN (KAWAN AKU)
 SAMBIL BERSINDIR MANJA...
sindiran manja itu memang kalau pada pandangan aku dah di kira sindir ah!!!
ok...aku tidak mahu berkat-kata buruk...hehe...

disebabkan teguran tersebut aku pulak dimarahinye pulak....
ish!!sabar2.....
lepas tu apa lagi mestilah buat muka dengan aku....

aku dah lama perhatikan je perangai dia....
asik nak marah kawan aku tu je...
kawan aku ni memang serius baik....
perangai dia ni iaitu buat tak kisah kalau ade orang marah2 dan jerit kat dia...
....tapi....
dalam hati beb...siapa yang tahu....
dan aku ingin kata kan disini...
KAWAN AKU YANG X KISAH TU ADALAH EX-ROOMMATE AKU!!!!

konklusinya...aku seorang yang protective!!!!
sekian...

pengajaran: kalau orang tegur tu terima lah...kalau ianya memang kesalahan kita....

Friday, April 26, 2013

Kembali kepada fitrah


salam...

Sebagai seorang lelaki muslim…terutamanya yang bujang lagi…
Suatu hari nanti pasti kamu akan jadi ketua keluarga kepada seluruh keluarga kamu….
Sebab apa aku terpanggil post mengenai topik ini adalah…..
Kaum lelaki yang bakal memimpin rumah tangganya nanti…
Perlulah sekurang2nya mengetahui doa2 lazim…
Ini adalah asas….noktah!!
Kalau kamu  tak tahu doa2 lazim….em….susah nak cakap….
Kami yang sebagai kaum wanita ni akan rasa macam em…..susah nak cakap…
Kalau nak cakap ada rasa sedih tu….memang ada terselit rasa tersebut….em…susah nak cakap…

doa sebelum dan selepas bangun tidur....

doa menanggalkan pakaian

doa ketika memakai pakaian

doa masuk dan keluar dari tandas

doa menaiki kenderaan
marilah kita sama amalkan doa2 lazim ni....



Monday, April 22, 2013

kuih kole kacang kesukaanku!

salam....

korang suka x kuih kole kacang???hehe...
aku baru je lepas beli n makan kuih ni tadi....
beli aje yang reti....kalau buat tu insyaAllah lah....
sebab tak penah pun cuba buat....kalau buat pun...
jenuh aku nak habiskan satu loyang tu....
maklumlah semua kat umah tak minat sangat kuih ni...

pada mulanya...aku memang tak suka dengan kuih kole kacang ni....
tapi start minat sangat2 kuih ni time kat sekolah menengah....
masa tu ade sebuah novel kanak-kanak mengenai kuih ni...(x ingat pulak tajuknya!)
so....last2 terpengaruh dan sangat2 lah suka sampai sekarang ni...hehe!!

sumber: google