
Friday, February 25, 2011
mari derma darah!!!!

Wednesday, February 23, 2011
cinta nabi tanda sempurna iman
Selepas iman dan akidah, pengukuhan iman seorang Muslim dikuatkan dengan keimanan kepada Rasulullah. Beriman kepada rasul juga mesti sampai ke peringkat buat apa yang nabi buat, bukan pilih-pilih tapi segala-galanya mesti diikut kerana segala perbuatan nabi adalah wahyu daripada Allah.
Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Tiadalah segala yang datang dari nabi itu nafsu melainkan wahyu yang diturunkan kepadanya.”
Jadi kita perlu melakukan apa yang nabi suruh kita lakukan. Itu sebab nabi diutus dalam bentuk manusia. Bayangkan jika malaikat jadi nabi, kita pasti susah mahu ikut kerana malaikat tak makan, tak minum, tak kahwin.
Kehidupan Rasulullah berlandaskan wahyu Allah. Semua orang makan, tapi jika makan cara nabi jadi ibadat. Begitu juga kahwin, nabi ajar cara perkahwinan yang betul, begitu juga hiburan, nabi mengajar cara berhibur yang betul.
Kenapa mesti kita mencintai Rasulullah? Pertamanya, kerana nabi terlalu cinta kepada kita. Apa bukti nabi sangat cinta pada kita? Bacalah sejarah, sebelum nabi wafat, antara perkataan akhir nabi ialah “ummati, ummati” (umatku, umatku) umat nabi itu kitalah.
Menurut satu riwayat lain, ketika nabi dibangkitkan di Padang Mahsyar kelak antara perkataan pertama nabi tanya kepada malaikat Jibril ialah “Di mana umatku?”
Nabi juga pernah menyatakan dalam satu hadis yang bermaksud: “Bahagialah siapa yang melihat�ku dan beriman padaku” kemudian nabi sebut tiga kali: “Bahagialah, bahagialah, bahagialah siapa yang tidak melihatku tapi beriman denganku.”
Orang yang tak lihat nabi tapi beriman pada nabi, antaranya kitalah, nabi puji kita tiga kali. Sebab kedua kenapa mesti mencintai nabi sebab cinta nabi tanda sempurnanya iman seseorang Muslim.
Maknanya kalau tak cinta nabi tak sempurnalah iman kita. Sabda nabi yang bermaksud: “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih disayangi daripada kamu menyayangi kedua ibu bapamu dan manusia seluruhnya.”
Saidina Umar pernah satu hari berkata pada nabi, “Aku sayangi diriku, lepas tu baru aku sayang padamu, wahai Rasulullah. Nabi menjawab, cintailah aku lebih daripada cinta pada dirimu, barulah sempurna iman kamu.”
Ketiga, nabi sangat banyak jasa kepada kita, jasa nabi bukan sembarangan, bukan kecil, tak boleh ditebus dengan wang ringgit. Jasa nabi pada kita kerana memperkenalkan siapa Tuhan kita yang sebenar.
Nabi sanggup berkorban harta, isteri baginda jadi miskin, bergadai untuk membuat modal bagi menjalankan dakwah. Rasulullah berjuang mendidik pelapis agar ada penyambung generasi hingga Islam sampai ke dalam hati kita.
Itulah kenapa kita perlu sangat bersyukur merasai nikmat iman dan Islam kerana bapa saudara nabi sendiri, Abu Talib, walaupun nabi sudah melakukan dakwah tetapi masih tidak dapat terima Islam.
Jadi begitu mahalnya nilai Islam ini sebenarnya kepada kita semua. Kemudian, kita mesti cinta nabi sebab nabi makhluk Allah yang maksum, yang tidak ada salah apatah lagi cacat cela.
Rasulullah terpelihara daripada segala aib. Malahan baginda mendapat pula al-Quran sebagai mukjizat, sebagai panduan. Jelas sekali mencintai nabi bermakna kita mencintai seorang yang agung dan amat mulia.
Justeru cintailah nabi Muhammad kerana baginda membimbing kita kepada kebenaran, huraikan ayat al-Quran agar kita mudah memahaminya, nabi juga tak jemu-jemu memberi nasihat agar umatnya selamat dan berbahagia di dunia dan akhirat.
Akhir sekali kenali nabi dengan mempelajari sirah�nya, memahami hadisnya dan cintailah nabi dengan mencintai apa yang dicintainya.
Nabi Muhammad patut diikuti dan disayangi sebab pada nabi ada segala-galanya.
Baginda paling cantik dan dialah yang paling hebat. Cuma kita saja tak tahu kerana tidak baca secara mendalam perjalanan sirah nabi dan jika baca pun sambil lalu saja.
Nabi Muhammad cemerlang dalam pelbagai dimensi. Cerita nabi lengkap daripada mula lahir, ketika kanak-kanak, remaja, dewasa sehingga tua dan wafat.
Kehebatannya cukup terserlah sejak dari kelahirannya, ketika kanak-kanak, remaja, dewasa sehingga baginda tua dan wafat. Daripada orang biasa, baginda mengasaskan kemudian mengembangkan agama yang terhebat di dunia.
setelah penat....
rase cam dah lame x update blog ku nie...
senanye saya sekarang tengah giler citer playful kiss....
korang dah tengok kew??best kan....aq sampai mimpi2 kot...
hahah~nak tawu kenapa aq boleh smpai mimpi2...
coz aq selalu nye tengok citer tue before tidur...so.....
dengan senangnye baek seung jo masuk dalam alam maya aq.....
hahah~kalau korang nak mimpi kan seseorang yang ensem cam ZUL HUZAIMY aq...
ish2!!tadi aq citer pasal baek seung jo...nape tibe2 masuk zul huzaimy pulak kan...coz zul huzaimy nie pujaan hati aq sekarang nie...
walaupun mustahil tuk jumpe die...tapi korang jangan risau...
aq pasti dapat jumpe die suatu hari nanti.....
contohnya...cam aq nak jumpe hafiz hamidun....coz zaman skul2 dulu aq minat kat die..akhirnya aq dapat jumpe die kat forum perdana...
siap amik sign lagi...haha~doakan lah ade miracle yang berlaku tuk aq jumpe zul huzaimy...
mesti ade yg cakap cam nie kan..."asal lah si patin tue minat sangat kat zul huzaimy???..pelik lah aq bukan ensem pon die tue"....dengan kata-kata lain...bila kita dah suke seseorang tue..memang x ade reason kite akan suke kat mereka....
tengok lah drama or movie pelakon yang korang suke before tidur...
atau pun kalau malas nak tengok movie....just berangan jerk...
senangkan berangan...betol kan...huhuhuhuhuhu~^_^
p/s: tolong jangan suke baek seung jo.....^_^
Saturday, February 19, 2011
jalan2 makan air-cond!
Monday, February 14, 2011
dia dah balik!
Saturday, February 12, 2011
jangan riak ok!
takut wei!
Aq rasa makin demoq seh! Memang sakit hati tol!!!
Cam ner nak buat nie???aq rasa impian aq nak buat eksperiman pasal berat aq nie aq musnahkan.....
Tapi macam tercapai jerk impian aq nie....kalau cam nie mati lah aq!!!!!
Aq x nak wei!!!aq main2 jerk dulu...bukan betul2 pon........
Dah lah keturunan memang big2 semua nye.......
Hahahaha~yang paling aq mintak dijauhkan adalah penyakit2 yang berbahaya.....
Penyakit jantung, darah tinggi+kencing manis...peh! seram lah!!!!
Pabila asik penat2+ngantuk+asik nak ke toilet jerk....
Aq takut ada simptom2 kencing manis...x nak....x nak......
Saya nak sihat walafiat.......
Lagi2 dijauhkan penyakit jangtung yang dialami oleh abahku suatu ketika dahulu......
Meninggal dalam keadaan mengejut=meninggal dalam tidur....
Sememangnya sesuatu yang menakutkan......
Tiba2 saya teringat lagu “ JIKA KU X BANGUN ESOK PAGI”....
Mak aq sedih ku pabila membaca bait2 lagu nie....
“JIKA AKU X BANGUN ESOK PAGI
SAYANGKU KAU JAGALAH DIRI
SENTIASA INGATKAN HATI
DIRIMU AMAT KU CINTAI
ANDAINYA DIHIMPIT KESUSAHAN
SUJUD DAN MOHON PADA TUHAN
AGAR DIBERIKAN BIMBINGAN
MENITI HIDUP SENDIRIAN
BILA TERASA SEJUK PEJAMKAN MATA’
BAYANGKAN DALAM DAKAPANKU
BILA TERASA RINDU PEJAMKAN MATA
KITA BERSUA DALAM LENA
KALAU ADA YANG SUDI MENGGANTI
SAYANG LEPASKANLAH KU PERGI
KERANA SAYANG SEISTIMEWAMU
BERHAK TUK DICINTA DALAM HIDUP
KU BERHARAP KAU TAK AKAN LUPA
MENGIRIMKAN BEKALAN DOA
KITA JUMPA LAGI DI SANA NANTI
JIKA KU TAK BANGUN.....ESOK PAGI”
p/s: Al-Fatihah buat abah~




