Saturday, April 30, 2011

cinta ke tali gantung.........

jom kawin!!!
klik kat sini....

citer kat tv2 nie best....kalo korang ade mase lapang...boley lah korang tengok...

"wangian firdausi"

banyak teladan yang aq dapat dari citer nie....

"cara untuk mengelakkan maksiat disekeliling kita====>kawin!!!"

Friday, April 29, 2011

mimpi kawen!

nie lah sebuah kisah yang aq sibuk nak gi kabor kat korang nie...aq mimpi best lagi mlm semalam......haha!asik mimpi best jerk kan.....mimpi aq sume nye awesome!!!!memang beruntung kan cik aten nie..hehe~

cik aten mimpi kawen......bukan2....mimpi akan dikawenkan dengan seorang jejaka yang tampan dan segak dan taff........hahah!!suke2!!cinta kami amatlah murni....sesuci minyak seri murni tau...hehe~~~

murni sebabnye kami menggunakan konsep ta'aruf.....baik kan cik aten nie..sila bangga coz berkawan dengan cik aten yang baik nie.......cewahh!!!

tapi sayangnye......saat2 daku ke pelamin.....malangnye...pelamin anganku musnah...oleh.......

oooooo.........soley.....soley....(nada dering henpon mahal aq...nie menandakan waktu dah subur lah....BANGON!BANGON!)


dah siap dah kad kawen kami...


pelamin belah aq...


pelamin belah si dia...cewah!!!claaaszz gitu!

sekian......


rase cam nak kawen lak...hehe

berfikiran positive~


harapan untuk menjadi positive semakin rancak dijalankan seperti biasa...
ngee~~~suke x???hehe~~

ok...dalam bus tadi memulakan aktiviti menjadi gadis yang positif...
aq kan duduk sorang kat dlm bus tu...so...
then...ade seorang awek dtg menuju ke arah aq...
sambil menunjukkan mukanye yang comel tue...haha!

niat hati yang positive pon dah start dah....
erm..mesti akak nie panas....tapi segan lak nak hala kan air-cond kat dye..
jap2...lagi seminit jap lagi aq halakan air-cond nie kat dye...

dan...dan.....
dye pon mengangkat tangan nye dan menutup air-cond tersebut...
peh!niat dihati punye lah baik nak kasik akak nie air-cond tapi hanpeh!
dye sejuk kot.....(ade gaya positive thinking kan...cewah!)

nak jadik baik untuk kasik akak tu air-cond x kesampaian....

baik kan cik aten!!!

Wednesday, April 27, 2011

teringat kat matrik.......

bile bual2 ngan cik nisa....
teringat zaman2 kegemilangan kat matrik....
saksikanlah......


time buka puase kat dataran.....wee~


last week kat lab kimia.....


buat kad raya tok lecturer kami.....


kami berbaju pink gitu!


pertandingan memasak......kami menang....(tipu jerk~)
baju same ngan roomate......

release tension time study week.....

kat tutor yang awesome.....

time bbq!!!!!suke~~

sekadar suke~~

pemendam........


cik aten sebagai anak kedua dalam keluarga......so...cik aten merupakan seorang yang pemendam rasa.....
suke pendam ini...suke pendam itu..semua benda aq nak pendam.....
dan akhirnya memakan diri sendiri kan.....

memang itu dah jadi tabiat hidup aq.....
x nak bagi tau semua yang aq rasa.....
kirenya aq nie baiklah kan......
kihkih~(ketawe sopan)...x nak membebankan orang lain dengan masalah aq..

bile aq cinta kat seseorang...aq pon akan pendam gak.....
cinta murni tau.....sebabnye...ade orang ckp kalau kite suke orang tapi kite pendam perasaab cinta kita tue...kite diibaratkan sebagai seorang yang berjihad...
aq pon x sure sangat betul ataupun x statement berjihad tue....
mungkin jihad nafsu....jihad zina hati kot....
may be lah.....aq pon x sure....
sape2 yang tawu boleh roger2 dengan cik aten tau.....





Monday, April 25, 2011

cer bace~~

post yang saya suka......

senyum x perlu kata ape2...

aq ingin menjadi seorang yang selalu tersenyum....walaupun kadangkala berdepan dengan seseorang yang telah menyentapkan hati aq....ini x bermakna aq seorang yang hipokrit.....hanya ingin menjadi seorang yang positif yea.....ngee~~~sokong cik aten ea!wee~~

ini kerana.....

~Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

~Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa

~Ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, *****a sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA"

perlu senyum cam nie....


senyum with small eyes~

aq selalu amek gambor like kancing gigi~~



senyum malu with oppaku~


senyum with gigi!!!
p/s: x nak jadik kuih lapis yea..yang bermuke2~~~

positif ke???

berhasrat untuk menjadi seorang yang positif & cool....
menerima semua keadaan dengan hati yang terbuka & cool....
cam ner ek nak jadik cool???even aq dah beli buku motivasi....
tetapi...ianya x berhasil!!!!sebab ape x berhasil???





sebab......cik aten x bace abis lagu buku tu lah........kihkihkih~~

susah nak jadik cool nie.....mungkin aq bukan anak 1 kot......
aq tengok along aq cool gak lah......cool pale tanggok dye.....

dia selalu cakap "ma...cuba bawak bertenang ma.....along tawu bla....bla....bla"
cool kan abang aq nie.....




bila jadik orang cool nie...susah sakit jantung...bagus tu~





nak jadik positif jugak......InsyaAllah....cik aten boyeh punye kan!!!!!

Sunday, April 24, 2011

batu yang aneh...

Dalam sebuah hadis menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang lelaki wukuf di Arafah. Dia berhenti di lapangan luas itu. Pada waktu itu orang sedang melakukan ibadat haji. Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang sangat penting. Bahkan wukuf di Arafah itu disebut sebagai haji yang sebenarnya kerana apabila seorang itu berwukuf di padang Arafah dianggap hajinya telah sempurna walaupun yang lainnya tidak sempat dilakukan. Sabda Rasulullah mengatakan :"Alhajju Arafat" (Haji itu wukuf di Arafah) Rupanya lelaki itu tadi masih belum mengenali Islam dengan lebih mendalam. Masih dalam istilah 'muallaf'. Semasa dia berada di situ, dia telah mengambil tujuh biji batu lalu berkata pada batu itu : "Hai batu-batu, saksikanlah olehmu bahawa aku bersumpah bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah." Setelah dia berkata begitu dia pun tertidur di situ. Dia meletakkan ketujuh-tujuh batu itu di bawah kepalanya. Tidak lama kemudian dia bermimpi seolah-olah telah datang kiamat. Dalam mimpi itu juga dia telah diperiksa segala dosa-dosa dan pahalanya oleh Tuhan. Setelah selesai pemeriksaan itu ternyata dia harus masuk ke dalam neraka. Maka dia pun pergi ke neraka dan hendak memasuki salah satu daripada pintu-pintunya. Tiba-tiba seketika batu kecil yang dikumpulnya tadi datang dekat pintu neraka tersebut. Tetapi mereka tidak sanggup rupanya. Malaikat azab telah berada di situ. Semua malaikat itu menolaknya masuk ke pintu neraka tersebut. Tapi sanggup rupanya. Kemudian dia pun pergi ke pintu lain. Para malaikat itu tetap berusaha hendak memasukkannya ke dalam neraka tapi tidak berjaya kerana batu mengikut ke mana sahaja dia pergi.Akhirnya habislah ketujuh pintu neraka didatanginya. Para malaikat yang bertindak akan menyiksa orang-orang yang masuk neraka berusaha sekuat tenaga untuk menolak lelaki itu dalam neraka tetapi tidak berjaya. Sampai di pintu neraka nombor tujuh, neraka itu tidak mahu menerimanya kerana ada batu yang mengikutinya. Ketujuh-tujuh batu itu seolah-olah membentengi lelaki itu daripada memasuki neraka. Kemudian dia naik ke Arasy di langit yang ketujuh. Di situlah Allah berfirman yang bermaksud :"Wahai hambaku, aku telah menyaksikan batu-batu yang engkau kumpulkan di padang Arafah. Aku tidak akan menyia-nyiakan hakmu. Bagaimana aku akan menyia-nyiakan hakmu sedangkan aku telah menyaksikan bunyi 'syahadat' yang engkau ucapkan itu. Sekarang masuklah engkau ke dalam syurga." Sebaik sahaja dia menghampiri pintu syurga itu, tiba-tiba pintu syurga itupun terbuka lebar. Rupanya kunci syurga itu adalah kalimat syahadat yang diucapkannya dahulu.

coretan kata-kata himah


1) Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.

2) Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum.

3) Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

4) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

5) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

6) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

7) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."

8) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan

9) Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

10) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

11) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

Kisah Berkat di Sebalik Membaca Bismillah

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah." Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Kelebihan Umat-Umat Rasulullah S.A.W. Menurut Pandangan Nabi Adam A.s

Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:

Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima disebarang tempat oleh Allah S.W.T.

Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.

Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.

Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.

Saturday, April 23, 2011

mimpi lagi????

penuh ngan mimpi lah blog cik aten nie......so...hari ni adakah saya akan citer tentang mimpi lagi????

oooh!!tidak lagi yea.....sebab cik aten x ingatlah pulak mimpi ape ek mlm td???...aarrrggghhhhh~~~cube untuk mengingat tapi memang x boleh nak ingat lah.......ngee~~

tapi cik aten just nak bagi tawu....cik aten nak mkn pappa roti lah....
sedap kan~~ngee~~cer belikan untuk saye.....


leleh air liur~

sekian....





p/s: lapor lah perot nie......

Friday, April 22, 2011

mimpi yang awesome.......

itulah keje cik paten selama minggu study yang awesome..dia pon mimpi yang awesome gak.....wee~~sangat seronok kalau kite mimpi orang yang kite suke kan......

tapi sangat sedih................citer mimpi nie hanya pendek .....sebab.....tibe2...handphone mahal aq berbunyi lagu.....

oooooo.......soley......soley.....(solat subuh time).....

daku mimpi saudara iqbal....erm....nama penuh x ingat lak..seorang jejaka yang sweeeet.....hahaha~

ok...citer bermula......citer nie cam pelik sikit...tapi layan jerk sebab mimpi awesome kan....

sedang cik aten sedang belajar di tepi pondok telefon...(dalam mimpi pon aq sedang study....kuat betul aura study week nie kan)...pelik x???coz cik aten belajar kat pondok telefon...nape ek??ape barang tepi PONDOK TELEFON!!!!!....

ok....sambong balik citer....sedang jejaka iqbal ingin menggunakan telefon yang ade kat pondok telefon tu....dye suruh aq ketepi sikit......ok....tepi lah cik aten....dye nak guna nak gune public phone tue....

sedang daku mengalihkan timbunan buku-buku yg banyak giler ke tempat yang lain....buku-buku tu terlepas dari pegangan tanganku....cih....dia pon menyambut buku-buku tersebut.....aceceh! cam citer korean pulak....


gagah kan jejaka iqbal....

peh....sweet giler.....(perlu kew aq kate dye sweet???...haruslah!!)

then....jejaka iqbal siap hantar buku-buku tu sampai kat bilik aq....bukan bilik WA1 nie tau....kat bilik kuliah jek...kalau sampai bilik.....benda lain pulak yang jadik.....jangan pikir kuning....benda lain tu ialah dye kene tangkap coz masuk bilik pompuan....cian dye....heee~~

then....kami jatuh cinta antara satu sama lain....hahahha~tapi dye ade mak we.....memang sengal....aq patut bako mak we dye....

then....kami pon kawen.....






sekian.....

p/s: opppsss!!!! bukan kawen...akan berkawen~~~saranghae IQBAL!!!!
(jejaka iqbal....budak akaun...kenal x???...tapi jangan bagi tawu dye tau pasal mimpi awesome cik aten nie)

Thursday, April 21, 2011

wah! periksa.......


wah! semakin hampir untuk menduduki final exam.....semua orang sedang berusaha dengan penuh gigih...begitu juga dengan aq......ketika daku sedang menaip post nie....senanya daku sedang dalam bluurrrr~~so..bukak blog.....then.....meluahkan perasaan......



buat muke yakin time jawab exam.....

susah kan study last minute....semua nak difahami dengan kadar yang cepat.....pas tu nak hafal pulak kan......nie yang dialami oleh daku.....sebab study last minute.....ape lah result daku nanti......


jangan study hard....tapi study smart k!

dengan ketas potostat yang bnyk....buku yang tebal......jangan merungut tau....berusaha memahaminya dengan sebaiknya.......

Wednesday, April 20, 2011

mari kita~~~

renungan bersama pada hari ini....
selalu orang buat renungan bersama pada hari jumaat...
tapi...x kesah...tiap2 hari adalah hari renungan bersama.....

FADHILAT BACAAN YASIN:

At-Tirmizi mengikhraj hadis dari Anas RA dari Nabi SAW, beliau bersabda:

"Sungguh bagi tiap sesuatu adalah jantung sedang jantung al-Quran adalah surah Yasin; maka Allah mencatat untuknya sebab bacaan surah Yasin tersebut senilai bacaan al-Quran sepuluh kali."

Nabi Muhammad SAW bersabda:

"Barangsiapa mengamalkan bacaan surah Yasin setiap malam lalu ia meninggal maka ia mati Syahid."

"Barangsiapa membaca surah Yasin pada malam hari maka di pagi hari ia terampun dosanya."

"Siapa saja, orang muslim, tatkala akan meninggal di bacakan surah Yasin maka turunlah untuk setiap satu huruf sepuluh malaikat; mereka berdiri berbaris di hadratnya memohonkan rahmat dan keampunan untuknya, pula menyaksikan di mandikan jenazah, menghantarnya, mennyembahyangkannya juga ikut hadir di dalam pemakamnya.

Dan siapa sahaja, orang islam, membaca surah Yasin ketika sakratulmaut tidak hendak mengambil rohnya sehingga kehadiran Malaikat Ridwan dengan membawa seteguk minuman Syurga dan di minumkan kepadanya di atas pembaringannya dan dirasakan kesegarannya ketika di ambil nyawanya juga kesegaran kelak di dalam kubur dan ia tidak memerlukan telaga para nabi, hingga masuk Syurga ia selalu merasakan kesegaran."

Dari Yahya ibn Katsir, katanya: "Samapi kepada bahawa sesiapa membaca surah Yasin di waktu pagi hari maka ia selalu di dalam kegembiran hingga petang hari dan siapa membacanya diwaktu petang hari maka ia selalu dalam kegembiraan hingga pagi hari."

Dengan isnad sahih diriwayatkan dari Au akar dan Ibnu Abbas RA maksudnya" Barangsiapa membaca surah Yasin, sampai pada ayat "Iz JAA aHal mursaluun" berdoa memohon kepada Allah, maka dikabulkan permohonannya.

P/S: buat renungan untuk diri sendiri jugak,,,,,InsyaAllah

Tuesday, April 19, 2011

siang dan malam.......


aq nak berkongsi sikit sebuah citer...bukan citer mimpi cm post kat bawah nie...hehe~

citer mengenai kehidupan siang dan malam.....bukan nye ape kan...ianya juga sebagai renungan buat aq jugak...sejak study week nie bermula......ramai mber2 aq yang stayup mlm2 buta....sampai biru biji mata...hehe~yang nie aq x tawu lah kalau memang x tidur sebab study sampai lebam2 bijik mata kamu.....ish...dasyatnya korang study ek....syabas diucapkan sebab aq nie jenis bukan individu yang mempunyai kepandaian stay up smpai lebam2 bijik mata...sebab bile jarum jam menunjukkan pukul 1...mata aq dah mampai dah......hahahah~

ok ape yang aq nak kongsi bersama ialah....bile korang dah stay up sampai lebam bijik mata tue....mesti korang akan tidur dengan nyenyak nye pada keesokkan hari kan...erm....lagi time lepas subuh....kan x baik tidur lepas tidur.....rezeki susah nak masuk.....mama selalu suruh aq jangan tidur lepas subuh....mama pon bagi tawu aq yang tidur lepas subuh memang payah nak masuk rezeki.....senang kata terbantut rezeki korang......




kalau misal kata rezeki korang terbantut....cam ner nak dapat result yang gempaq....study sampai lebam....tapi hasilnya kurang menyerlah.....mesti korang frust kan kalau ape yang diharapkan x sama dengan result korang.....

kan Allah dah menciptakan siang dan malam dengan sebaiknya....iaitu pagi untuk melakukan aktiviti @ kerja yang berfaedah......malam pula diciptakan untuk kita berehat setelah penat bekerja....Allah itu Maha Adil....

jangan lah pulak kawan2 terbalik kan kitaran siang dan malam tu yea......gunakan ianya dengan sebaiknye juga yea.....

p/s: ianya renungan buat saya juga.......^_^

Monday, April 18, 2011

mimpi luar biasa......

bertilamkan tilam yg empuk di rumah ku....
pada suatu malam yang kelam.....
aq bermimpi.....

cerita dongeng bongek giler....hanya akan terjadi dalam mimpi ok....
cerita bermula ketika ade sebuah red karpet show di PSZ UTM...agak sengal coz ner ade red karpet sempena perlancaran fesyen terkini PSz UTM nie!! that why aq katekan citer nie sengal....haha~
aq pun diminta untuk menjadi salah seorang urus setia dalam majlis itu..

oooooo......soley...soley......(nada dering fon mahal aq)
tengok kat skrin..."oppa tijb"....eh! oppa tepon aq...pelik2!
then....angkat fon....
"ye....nape tepon ye??"...oppa berkate"awk kat mane??nape awk x dtg kat sini??"
"ha!dtg kat sane??sane tue kat mener?"
"dtg library lah....kan awk kene take over jage library...."
"bile masa pulak saya jage library nie???..awk x penah bagi tawu saye pon"
"ye..kan awk orang kepercayaan saye...."(suara oppa menggoda iman aq)
"awk maner boley suke2 hati jerk suruh saye jage library..saye x nak~"
then.....oppa merajuk.....terus letak fon.....
(oppa dalam citer nie adalah rakan aq dari teknik jb....yg bernama hanafi musa)

then.....dipendekkan cerekarama nie.......
aq pon terguris hati dgn sikap napi tue....ceh!!!sengal tol~~
datanglah seorang jejaka mendekati ku.....iaitu asmiyaizat (mber kota masai)....dye konon2 nak pujuk aq..then...kami pon naik kereta tuk gi lepak2 kedai mamak,,,

yang peliknye......bile aq naik kereta...asmiyaizat aka apai bertukar menjadi saudara MARSUPANDI.....ish.ish...ish.......asal mar pulak dtg dlm mimpi aq nie....pelik x???apai jadik mar....erm...
ape yg boleh aq simpulkan.....mar sangat100x baik sepanjang perjalanan kami ke kedai mamak tersebut....(cerita yang terjadi dlm kete...terpaksa aq rahsiakan...takut ade pihak yang jeles......)

aq harap saudara mar x bace post nie...ala~~(bukan dye twu blog aq pon kan..)
kalau dye twu mesti aq kene ketuk.....

sekian......terima kasih kerana membaca citer mimpi yang awesome nie..


Friday, April 15, 2011

on lah balik......

pabila aq private kn blog aq.....ish...ramai yang dok tanye.....npe ko private kan??saje leh...hehe~suke2...ti orang mula rindu dengan post2 aq.....haha~perasan habis kamu!!

so...marilah aq on balik blog aq ni....inginkan nak on time sem 3...nak upgrade smo2,,,nak buat cecantik blog nie...taruk bunga sana...taruk bunga sini.....bior penuh jadik taman bunga...pas tue..barulah boley cik blog nie pun ade taman dalam hati......haha!

post dibawah berbaur cinta....uweek~~aq x percaya cinta.....melainkan cinta kepada Allah..Rasullah....family...geng...flora & fauna,,,

cinta???erm.....berhasrat untuk tidak mencintai lelaki melayu buat masa sekarang,..dan lebih menjurus hati untuk jatuh hati kat lelaki korea,...
what??lelaki korea??uuuuu.....suka hati i lah ea......

time kat matrik dulu.....aq cinta nak mampos kat oppa korea.....lelaki melayu memang aq x pandang...tapi start kat U nie...mule lah memandang jejaka2 melayu.....cis!!!!!!bile aq pandang lelaki melayu menyebabkan aq jatuh hati kat mereka....dan menyebabkan aq kecewa dengan sikap mereka.....cis!!!!ok....full stop!!


merenung masa depan??ngee~~

lebih baik aq cinta oppa korea dlm drama2 tue.....at least mereka x pernah kecewa kan aq...x pernah buat aq menangis.....

kalau dia jodoh aq.....



Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu




Thursday, April 14, 2011

sebelum itu~

Jika indahnya bersama2 sblum kahwin yg jelas2 salah, Indah lagi bersama2 dlm ikatan yg sah dan halal..

Kalau dah sblum kahwin pun dah "sama2", berapa lamakah "sama2" bertahan selepas kahwin!~

Kawan2 yg tidak couple bukan main hebat pergolakan dlm jiwa mereka dek kerana coupling sana-sini..bukankah itu menzalimi pandgn kawan2..
yg lelaki terasa tercabar..yg perempuan terasa tak laku..
dek hanya kerana perbuatan coupling itu
Kesian kawan2 yg tidak bersalah..

Allah Maha Adil...
akibat kezaliman ini, pasti ada kaffarahnya di masa depan..
kerana terlalu awal mengecap "kemanisan" wlaupun skdr bercouple..
tunggulah "kepahitan" yg akan menjelma bila2 masa..
jika tidak terjadi dlm waktu terdekat, tkut2 terjadi kpd anak2 dan cucu2..

ALAISAS SUBHU BIQARIB?!
"Bukankah "Waktu Subuh" (iaitu waktu kemusnahan di awal pg) sangat dekat?!"

Berhati-hati di Jalan Maksiat!
Kerana tiada papan tanda had laju utk beringat2!
Sekadar sedikit peringatan dan nasihat!
Agar selamat di masa hadapan dan di akhirat!

=)

Na'uzubillah..!~
Nastaghfirullah...!~

Tuesday, April 5, 2011

saya benci blog saye!

berhasrat untuk membuat sebuah blog yg baru....
tanpa sekatan dari ape2 pon...
bebas untuk meluahkan ape2 pon....

so....
saya benci blog saye...
sebab membuatkan kwn2 saya terasa hati...
sory yea kawan2....



saya suke blogger itu!

saje jerk hari nie aq nak mengarot sikit...
so...
baik..korang x yang bace entri nie..haha~

saya suke awak lah oppa blogger....
suke cara awak cerita dalam entri2 awk....
sweet sangat!(may be owg lain x rase sweet kot~)


Friday, April 1, 2011

semua suke!

hey kekwn....
erm...sejak dua menjak nie...
ramai no yang jatuh hati dengan lagu..
"buka hatimu","sebiru hari ini", "cinta kristal", "cinta terakhir"...
semua orang dok menyanyikan nye di dalam hati...mahupun di bibir sendiri...
aceceh!....

nie semua disebabkan demam dengor karok tuan presiden smart kiteowg lah nie...
semua mula jatuh hati ngan lagu tue...semua dok mule mendownload mp3 or video..
haha~begitu juga dengan aq...hehe~




kat bilik nie pon dok pasang lagu "buka hatimu"...
kat blog aq nie pon dok main lagu "buka hatimu"...
peh! semua nye nak jadik jiwang lak nie...hehehe~
yg roomate aq pulak dok putar lagu "sebiru hari ini"...
kalau aq kire dah dekat beratus kali kot lagu tue di play...di play...n di play...huh!
tapi...aq suke ok lagu tue!gagagaga~

p/s: sape jatuh hati???sila angkat kening!hehe~