Sunday, February 27, 2011
bukan maknae lagi........
:::[ TANDA2 KEMATIAN SESEORANG ]:::
100 hari sebelum kematian:
Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
40 hari sebelum kematian:
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
7 hari sebelum kematian:
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.
3 hari sebelum kematian:
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
1 hari sebelum kematian:
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir sebelum kematian:
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Kubur/liang lahat Setiap Hari Menyeru kepada Manusia Sebanyak 5 Kali.
1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu sholat malam.
3. Aku rumah yang penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawarnya.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan Laa illaa ha illallah, Muhammadur Rasulullah?supaya kamu dapat menjawabnya.
Saturday, February 26, 2011
semua jadik sel ikan....
minngu yang awesome!!!!!
p/s: majulah sukan untuk negara!!!!!
Friday, February 25, 2011
mari derma darah!!!!
Wednesday, February 23, 2011
cinta nabi tanda sempurna iman
Selepas iman dan akidah, pengukuhan iman seorang Muslim dikuatkan dengan keimanan kepada Rasulullah. Beriman kepada rasul juga mesti sampai ke peringkat buat apa yang nabi buat, bukan pilih-pilih tapi segala-galanya mesti diikut kerana segala perbuatan nabi adalah wahyu daripada Allah.
Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Tiadalah segala yang datang dari nabi itu nafsu melainkan wahyu yang diturunkan kepadanya.”
Jadi kita perlu melakukan apa yang nabi suruh kita lakukan. Itu sebab nabi diutus dalam bentuk manusia. Bayangkan jika malaikat jadi nabi, kita pasti susah mahu ikut kerana malaikat tak makan, tak minum, tak kahwin.
Kehidupan Rasulullah berlandaskan wahyu Allah. Semua orang makan, tapi jika makan cara nabi jadi ibadat. Begitu juga kahwin, nabi ajar cara perkahwinan yang betul, begitu juga hiburan, nabi mengajar cara berhibur yang betul.
Kenapa mesti kita mencintai Rasulullah? Pertamanya, kerana nabi terlalu cinta kepada kita. Apa bukti nabi sangat cinta pada kita? Bacalah sejarah, sebelum nabi wafat, antara perkataan akhir nabi ialah “ummati, ummati” (umatku, umatku) umat nabi itu kitalah.
Menurut satu riwayat lain, ketika nabi dibangkitkan di Padang Mahsyar kelak antara perkataan pertama nabi tanya kepada malaikat Jibril ialah “Di mana umatku?”
Nabi juga pernah menyatakan dalam satu hadis yang bermaksud: “Bahagialah siapa yang melihat�ku dan beriman padaku” kemudian nabi sebut tiga kali: “Bahagialah, bahagialah, bahagialah siapa yang tidak melihatku tapi beriman denganku.”
Orang yang tak lihat nabi tapi beriman pada nabi, antaranya kitalah, nabi puji kita tiga kali. Sebab kedua kenapa mesti mencintai nabi sebab cinta nabi tanda sempurnanya iman seseorang Muslim.
Maknanya kalau tak cinta nabi tak sempurnalah iman kita. Sabda nabi yang bermaksud: “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih disayangi daripada kamu menyayangi kedua ibu bapamu dan manusia seluruhnya.”
Saidina Umar pernah satu hari berkata pada nabi, “Aku sayangi diriku, lepas tu baru aku sayang padamu, wahai Rasulullah. Nabi menjawab, cintailah aku lebih daripada cinta pada dirimu, barulah sempurna iman kamu.”
Ketiga, nabi sangat banyak jasa kepada kita, jasa nabi bukan sembarangan, bukan kecil, tak boleh ditebus dengan wang ringgit. Jasa nabi pada kita kerana memperkenalkan siapa Tuhan kita yang sebenar.
Nabi sanggup berkorban harta, isteri baginda jadi miskin, bergadai untuk membuat modal bagi menjalankan dakwah. Rasulullah berjuang mendidik pelapis agar ada penyambung generasi hingga Islam sampai ke dalam hati kita.
Itulah kenapa kita perlu sangat bersyukur merasai nikmat iman dan Islam kerana bapa saudara nabi sendiri, Abu Talib, walaupun nabi sudah melakukan dakwah tetapi masih tidak dapat terima Islam.
Jadi begitu mahalnya nilai Islam ini sebenarnya kepada kita semua. Kemudian, kita mesti cinta nabi sebab nabi makhluk Allah yang maksum, yang tidak ada salah apatah lagi cacat cela.
Rasulullah terpelihara daripada segala aib. Malahan baginda mendapat pula al-Quran sebagai mukjizat, sebagai panduan. Jelas sekali mencintai nabi bermakna kita mencintai seorang yang agung dan amat mulia.
Justeru cintailah nabi Muhammad kerana baginda membimbing kita kepada kebenaran, huraikan ayat al-Quran agar kita mudah memahaminya, nabi juga tak jemu-jemu memberi nasihat agar umatnya selamat dan berbahagia di dunia dan akhirat.
Akhir sekali kenali nabi dengan mempelajari sirah�nya, memahami hadisnya dan cintailah nabi dengan mencintai apa yang dicintainya.
Nabi Muhammad patut diikuti dan disayangi sebab pada nabi ada segala-galanya.
Baginda paling cantik dan dialah yang paling hebat. Cuma kita saja tak tahu kerana tidak baca secara mendalam perjalanan sirah nabi dan jika baca pun sambil lalu saja.
Nabi Muhammad cemerlang dalam pelbagai dimensi. Cerita nabi lengkap daripada mula lahir, ketika kanak-kanak, remaja, dewasa sehingga tua dan wafat.
Kehebatannya cukup terserlah sejak dari kelahirannya, ketika kanak-kanak, remaja, dewasa sehingga baginda tua dan wafat. Daripada orang biasa, baginda mengasaskan kemudian mengembangkan agama yang terhebat di dunia.
setelah penat....
rase cam dah lame x update blog ku nie...
senanye saya sekarang tengah giler citer playful kiss....
korang dah tengok kew??best kan....aq sampai mimpi2 kot...
hahah~nak tawu kenapa aq boleh smpai mimpi2...
coz aq selalu nye tengok citer tue before tidur...so.....
dengan senangnye baek seung jo masuk dalam alam maya aq.....
hahah~kalau korang nak mimpi kan seseorang yang ensem cam ZUL HUZAIMY aq...
ish2!!tadi aq citer pasal baek seung jo...nape tibe2 masuk zul huzaimy pulak kan...coz zul huzaimy nie pujaan hati aq sekarang nie...
walaupun mustahil tuk jumpe die...tapi korang jangan risau...
aq pasti dapat jumpe die suatu hari nanti.....
contohnya...cam aq nak jumpe hafiz hamidun....coz zaman skul2 dulu aq minat kat die..akhirnya aq dapat jumpe die kat forum perdana...
siap amik sign lagi...haha~doakan lah ade miracle yang berlaku tuk aq jumpe zul huzaimy...
mesti ade yg cakap cam nie kan..."asal lah si patin tue minat sangat kat zul huzaimy???..pelik lah aq bukan ensem pon die tue"....dengan kata-kata lain...bila kita dah suke seseorang tue..memang x ade reason kite akan suke kat mereka....
tengok lah drama or movie pelakon yang korang suke before tidur...
atau pun kalau malas nak tengok movie....just berangan jerk...
senangkan berangan...betol kan...huhuhuhuhuhu~^_^
p/s: tolong jangan suke baek seung jo.....^_^
Saturday, February 19, 2011
jalan2 makan air-cond!
Monday, February 14, 2011
dia dah balik!
Saturday, February 12, 2011
jangan riak ok!
takut wei!
Aq rasa makin demoq seh! Memang sakit hati tol!!!
Cam ner nak buat nie???aq rasa impian aq nak buat eksperiman pasal berat aq nie aq musnahkan.....
Tapi macam tercapai jerk impian aq nie....kalau cam nie mati lah aq!!!!!
Aq x nak wei!!!aq main2 jerk dulu...bukan betul2 pon........
Dah lah keturunan memang big2 semua nye.......
Hahahaha~yang paling aq mintak dijauhkan adalah penyakit2 yang berbahaya.....
Penyakit jantung, darah tinggi+kencing manis...peh! seram lah!!!!
Pabila asik penat2+ngantuk+asik nak ke toilet jerk....
Aq takut ada simptom2 kencing manis...x nak....x nak......
Saya nak sihat walafiat.......
Lagi2 dijauhkan penyakit jangtung yang dialami oleh abahku suatu ketika dahulu......
Meninggal dalam keadaan mengejut=meninggal dalam tidur....
Sememangnya sesuatu yang menakutkan......
Tiba2 saya teringat lagu “ JIKA KU X BANGUN ESOK PAGI”....
Mak aq sedih ku pabila membaca bait2 lagu nie....
“JIKA AKU X BANGUN ESOK PAGI
SAYANGKU KAU JAGALAH DIRI
SENTIASA INGATKAN HATI
DIRIMU AMAT KU CINTAI
ANDAINYA DIHIMPIT KESUSAHAN
SUJUD DAN MOHON PADA TUHAN
AGAR DIBERIKAN BIMBINGAN
MENITI HIDUP SENDIRIAN
BILA TERASA SEJUK PEJAMKAN MATA’
BAYANGKAN DALAM DAKAPANKU
BILA TERASA RINDU PEJAMKAN MATA
KITA BERSUA DALAM LENA
KALAU ADA YANG SUDI MENGGANTI
SAYANG LEPASKANLAH KU PERGI
KERANA SAYANG SEISTIMEWAMU
BERHAK TUK DICINTA DALAM HIDUP
KU BERHARAP KAU TAK AKAN LUPA
MENGIRIMKAN BEKALAN DOA
KITA JUMPA LAGI DI SANA NANTI
JIKA KU TAK BANGUN.....ESOK PAGI”
p/s: Al-Fatihah buat abah~
Friday, February 11, 2011
relax r beb!
Apa yang anda akan lakukan apabila ada seseorang individu meminta maaf kepada anda??
Adakah anda akan memaafkannya???atau membiarkan kata-kata kemaafan tersebut terbang bersama-sama angin dan udara disekeliling anda???
Atau anda memaafkan individu tersebut didalam hati tanpa berkata-kata????
Atau anda ingin memendamkan dendam tersebut???
Atau anda pun sendiri keliru sama ada ingin memaafkannya atau pun tidak???
Atau anda memang x suka memaafkan seseorang???
Jawab2!hahah~^_^
Bagi aq....
Memaafkan seseorang amatlah mudah....itu pada aq lah.......
Bukan ke? Kita perlu memaafkan semua orang sebelum kita tidur....betul kan???
mari tolong saya~
Kenapa lah banyak timbul masalah ni....
Apakah dosa yang telah aq lakukan.........
Ya Allah...kau permudahkanlah urusan hambamu ini......
Bukan aq hendak mengeluh....tapi....
Aq tahu ada hikmah disebalik semua ini....
Aq bukan nya x berusaha...tapi.....
Aq dah berusaha dengan penuh semangat.......
Tapi...rezeki x menyebelahi aq buat masa ni......
Bila tengok orang lain dah siap....aq....rasa.....=((
Aq rasa kecewa.....aq rasa sedih.....
Aq rasa takut.....aq rasa malu........
Bila kami memerlukan pertolongan....
Akan wujud pihak2 mementingkan diri sendiri......
Ya Allah...sesungguhnya aq tersentap dengan kelakuan mereka......
Tapi....aq x kisah cuma my heart become small jerk....
Ya Allah...ringankanlah masalah ku ini....sesengguhnya aq hamba-Mu yang lemah........
Wednesday, February 9, 2011
aq=aq!
Sudah lama tidak mengutus surat dalam blog ku ini....bukak jerk tapi update hampeh!haha~
Ok!
Aq ialah aq....dan aq juga bukanlah kamu...dan juga aq x mungkin menjadi seperti kamu...
Kamu pun kamu jugak kan.....hahah~aq dah merepek sudah!
Aq bukanlah dilahirkan sebagai seorang pompuan yang lemah gemalai....dan juga lemah lembut...malah turut liuk lentuk.......so....aq x boleh menjadi lembut dan sopan santun seprerti kamu...serius...aq x reti.....
Aq bukanlah seorang yang selalu melontarkan kata-kata yang lembut.....cara aq cakap agak kasar....biasalah ye aq dilahirkan dengan keturunan jawa...so....memang serius kasar! Nasib baik aq bukanlah dari keturunan jawa tulen tapi dicelup2 jerk...so...dalam kata-kata aq yang kasar sebenarnya ada baik dan jenaka yang tersendiri....betol kan???cara dan kata-kata aq yang kasar ini mungkin akan mengguris hati kamu...sori lah...aq memang begini...aq nak jadik begini bukan nya menjadi kamu...kerana itu aq x mampu.....aq selesa begini...mungkin kamu x selesa dan selalu berkecil hati....tapi....aq memang begini....tolong x payah susah2 lembutkan aq....tapi serius aq baik lah hayun!hahahahah~
Aq bukanlah seorang yang rajin meminta maaf.....mungkin keran ego aq yang tinggi!ini aq akui...mungkin kamu mengharapkan kata-kata maaf dari aq.....tapi serius....aq jarang gila nak mamp aq mintak maaf...tu pon hari raya.....so...x payah berharap ianya akan berlaku...hanya cukup untuk pertama kalinya....serius aq ego!
Aq bukanlah seorang yang pandai sangat berkawan....(aida...kita samalah beb senanya!)....aq bukan orang yang akan memulakan percakapan apabila berada di sebuah kumpulan yang baru...ini adalah aq...aq memang begini....boleh ke aq kategorikan diri aq sebagai seorang yang pemalu....cewah! tapi once aq dah baik dengan kawan tersebut....aq akan jadik baik gile2 babun lah katakan....cam aq n dayah!sape2 yg penah baca post aq dulu2...mesti dia tawu dak dayah nie....aq amat menghargai seorang kawan...tapi kawan x selalunya akan menghargai kehadiran aq yang baik nie...alahai~ dan juga aq mungkin tidak mengetahui adab2 berkawan untuk menjadi seorang kawan....tapi even...aq x mengetahuinya...tapi...cam ner lak boleh terkukuhnya tali persahabatan yang utuh antara aq n dayah!peh!aq dah pening nie!!!!ini kerana aq menghargainya pada setiap hari2 yang gembira bersamanya......
p/s: aq hanya aq.....FATIN ATIKAH BINTI MOHD JAMAL!
Wednesday, February 2, 2011
hoooooorey!!!family day~
nie yg saya paling lemah nie...aq tolak abang aq...abang aq tolak adik aq...then...
adik aq tolak aq...last2...kiteorang tolak bapak aq lak...
cop...cop...jangan salah faham..bukan tolak badan or anggota badan....
tapi tolak untuk membuat persembahan keluarga di malam hari.....
haha~nak harapkan aq nyanyi pada malam tersebut...memang x kuar suara lah gamaknya..
dah lah along kata "wei..aten...ko nyanyi mcm membaca lah"...peh!kurang asam tol....
dah tu...x kan lah aq nak nyanyi lak...mentang2 dye penah nyanyi time family day yg lepas2...dan2 lah dye soh aq lak yg nyanyi.........
tapi...akhirnya...untuk membuatkan semua pihak berlaku adil...mama suruh buat teka-teki lah.....hah! kan adil tue...semua x yah nyanyi~^_^ kang makin bnjir melaka tue...
ops! lupa nak kabor kat kamu semua...saya akan honeymoon family day kat dvillage melaka...cam tue lah gamaknya....semua anggota keluarga dah excited....
x caye????tengoklah time kejut sembahyang subuh esok...peh! mata terus celik...kalau x punyelah liat liut nak bangon...
contest gambar paling comel~^_^
syarat2 yg perlu :
- tulis 1 entri pasal contest gambar paling comel..hantar satu gambar je..dlm pic min sorang max 3 org yep..pas2 dlm gambar tu msti wat mimik muke yg comel lote..
- follow blog niza then letak pic yg kt atas ni kt entry dan sidebar
- dah join tinggalkan comment kt entri niza yep..
- tag 3 org kawan okeee..
- tarikh tutup 19 Februari 2011
- hadiah misteri utk 3 penyertaan dan mungkin akan ditambah bergantung pada penyertaan
mereka di tag...
ronika...
mira...
syira...
contsest saya suke buat peace...
Tuesday, February 1, 2011
cuci-cuci mata....
senanya aq nak kongsi sebuah kisah yang aq rasa tertarik untuk berkongsi bersama korang!
ok bermulalah alkisahnya...
jeng...
jeng....
jeng........
erm...tengah aq syok2 melihat jejaka menaiki motor sementara menunggu order rojak singapura siap....
dan juga tengah syok2 jeling2 kat abang sebelah kerusi aq...
ish2...bukan abang lah...dia dah kawen lah...bawak anak lagi...
tapi...muka dye ensem kot!
haha...aq memang gatal senanye~
then...abang tue punye rojak siap dulu lah...
then..usha2 dia nek kete pew...ooo...kete waja...
then...bila dia masuk kete kat bahagian pemandu tue...
dia masuk menggunakan kaki kanan...ok...senanye cara dia masuk kete tue agak pelik...
ok cuba bayangkan ea....
kalau kita masuk kete bahagian pemandu...automatik kaki kiri akan masuk dulu kan...
betol x???
so...mula2 aq rasa cara dia masuk tue salah...tapi...setelah fikir dengan mendalam...
kaki kanan kan lebih terbaik...betol x??
contohnya kalau kita masuk umah...guna kaki kanan kan...
just masuk bilik termenung jerk pakai kaki kiri coz ianya tempat yg x baik....
ok...semua yg baik dimulakan dengan kaki kanan...
betol kam???
so....pas nie..masuk kete guna kaki kanan yea....